Kata Aluan

 

Assalamualaikum…………………. dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman web SMK Seri Ampang, Alor Setar Kedah.

Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru dan juga pelajar yang telah berusaha keras untuk mencipta dan seterusnya melahirkan laman web sekolah ini.
Langkah ini memang selaras dengan perkembangan dalam dunia hari ini khususnya dalam bidang K-ICT (Knowledge, Information and Communications Technology). Apatah lagi sekolah ini merupakan sekolah yang berusia muda mampu melatih warganya supaya menjadi celik komputer dan celik IT.

Sesungguhnya, penghasilan laman web membuka jendela untuk dunia melihat sekolah serta perkembangan mengenainya secara elektronik dengan hanypengetua2Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua pelajar agar berusaha gigih menimba ilmu serta meraih kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Di samping itu, janganlah hendaknya para pelajar semua ketinggalan dalam mengikuti segala perkembangan dalam Teknologi Maklumat yang telah mengubah selain mempengaruhi sebahagian daripada kehidupan kita. Jika tidak, maka natijahnya, kita akan jauh ketinggalan dan tercicir dari arus perdana era globalisasi.
Akhir kata, semoga usaha murni ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar SMK Seri Ampang sentiasa berkeupayaan menjana kegemilangan dari segala segi. Insya-Allah.

Sekian. Wabillah……… Terima Kasih.