Laman Utama

Selamat Datang ke Laman Sesawang SMK Seri Ampang, Jalan Kuala Kedah

Selamat Datang ke Laman web Rasmi SMK Seri Ampang, Alor Setar, Kedah.

Terima kasih kerana melayari Laman web kami. Setiap lawatan anda ke sini amat dialu-alukan dan kami sedia membantu anda sekiranya terdapat cadangan atau komen yang anda kemukakan. Tujuan Laman Web ini dibangunkan adalah untuk menyebarkan apa-apa berita tentang aktiviti di SMK Seri Ampang, Alor Setar, Kedah dengan pantas melalui kuasa ICT dan Internet. Ini juga bertujuan untuk rujukan ibu bapa dan secara tidak langsung mewujudkan SMK Seri Ampang, Alor Setar, Kedah sebagai salah sebuah sekolah yang seiring dengan peredaran arus globalisasi yang sentiasa berkembang pesat. Tambahan lagi, Laman web ini juga dapat digunakan sebagai salah satu medium untuk pelajar berkongsi ilmu sesama ahli komuniti dan saling berhubungan dengan bekas-bekas pelajar (ALUMNI) sekolah ini. Oleh itu, diharapkan agar semua pelawat dapat bersama-sama memanfaatkan Laman Web ini.