TUGAS SEBAGAI PELAJAR

picture1-keseimbangan-amalan-zahir-dan-batinTUGAS SEBAGAI PELAJAR

Tugas sebagai pelajar dilihat daripada tiga aspek utama,iaitu politik,sosial,dan ekonomi. Pelajar yang berkualiti amat penting dalam membantu pembangunan negara,bangsa,dan agama. Pelajar yang berkualiti dapat menghasilkan idea dan sumbangan yang amat besar kepada negara,daripada pelbagai bidang yang diceburi termasuklah bidang ekonomi dan politik. Dibawah akan dihuraikan peranan pelajar daripada tiga aspek tersebut:

ASPEK POLITIK

Dalam aspek politik, peranan pelajar cemerlang sangat besar. Berdasarkan ilmu yang ada, golongan ini boleh menyumbangkan buah fikiran dan tenaga dalam urusan pentadbiran Negara. Dengan adanya modal insan kelas pertama seperti pelajar-pelajar cemerlang, kemungkinan besar sistem pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kepakaran yang wujud dalam diri mereka akan memudahkan proses pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan dapat dijayakan mengikut kretiria yang dikehendaki. Pembaharuan yang dimaksudkan adalah mengikut aspek pemerintahan dan pentadbiran negara selaras dengan Wawasan 2020. Pada era 2020 nanti, kita akan mencapai negara maju sekiranya ramai daripada rakyat negara kita yang bergelar pelajar cemerlang.

Ilmu yang dituntut dapat dimanfaatkan dengan menyumbang kepada sistem pentadbiran negara. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jawatan-jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara diisi oleh pelajar-pelajar cemerlang. Mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan negara berada dalam keadaan yang aman. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai paparan pergolakkan politik yang berlaku di luar negara seperti di Indonesia dan Thailand. Mereka tidak memaksimumkan kepakaran tenaga pelajar-pelajar cemerlang untuk membantu dalam urusan pentadbiran negara mereka. Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah tugas pelajar cemerlang tidak hanya tertumpu untuk memajukan dirinya sahaja bahkan negara turut memerlukan mereka untuk mencapai taraf negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

ASPEK EKONOMI

Berdasarkan persaingan yang wujud dalam dunia ekonomi sekarang ini, skop yang diutamakan dalam memajukan sistem ekonomi negara adalah kepakaran dalam meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos dalam menghasilkan sesuatu produk. Tugas utama pelajar-pelajar cemerlang adalah mengisi kepakaran tersebut dan cuba untuk memajukan sistem ekonomi negara Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa idea-idea yang disumbangkan oleh mereka banyak membantu dalam proses memajukan sesebuah negara dalm bidang ekonomi.

Dalam sistem masyarakat pula, tugas pelajar cemerlang adalah untuk membantu mereka dalam memajukan sistem ekonomi yang sedia ada. Secara amnya, kita lihat golongan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar agak mundur dalam bidang ekonomi. Pelajar cemerlang seharusnya memberi pendedahan kepada golongan muda yang tinggal di kawasan desa untuk memajukan diri mereka sendiri dan seterusnya meningkatkan pendapatan serta ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.

Selain itu, pelajar cemerlang turut mempunyai tugas dalam membantu meningkatkan pendapatan diri sendiri dan keluarganya. Dengan ilmu dan kepakaran yang tinggi, peluang untuk mendapat kerja yang baik amat luas. Pendapatan yang diperoleh boleh digunakan untuk membantu keluarga terutamanya ibu bapa yang banyak berkorban ketika mereka melanjutkan pelajaran. Oleh itu, pelajar cemerlang mempunyai tugas yang penting dalam memajukan sistem ekonomi negara, masyarakat, keluarga dan dirinya sendiri.

ASPEK SOSIAL

Dalam aspek sosial, pelajar cemerlang amat diperlukan untuk meningkatkan kefungsian masyarakat dan dirinya sendiri. Dengan adanya ilmu, kepakaran dan kerja yang baik, mereka boleh mengubah dirinya dan keluarga daripada belenggu kemiskinan. Kebiasaannya, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang berasal daripada keluarga yang sederhana dan susah. Segala ilmu yang dituntut boleh digunakan untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai kemiskinan.

Selain itu, peranan pelajar cemerlang juga penting dalam memberi kesedaran kepada golongan muda untuk memajukan diri mereka. Pelajar-pelajar cemerlang boleh menceburkan diri mereka dalam bidang motivasi. Segala pengalaman yang telah dialami, mereka boleh digunakan untuk memotivasikan generasi muda untuk terus maju dalam hidup.

Era globalisasi telah menjadikan budaya masyarakat kita semakin terhakis. Masyarakat Malaysia biasanya dikaitkan dengan budaya ketimuran. Kita lihat sekarang ini, budaya dan ideologi-ideologi barat semakin mendapat tempat dalm pemikiran masyarakat kita. Oleh itu, peranan pelajar cemerlang adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai sistem sosial mayarakat Malaysia yang masih berpegang kepada budaya ketimuran. Ahli falsafah berpendapat, golongan cerdik pandai boleh mempengaruhi masyarakat dengan kata-kata. Oleh itu, tepuk dada Tanya selera.

Ulasan Safiyan

Assalamualaikum

Pada pendapat saya kebanyakan pelajar tidak mengetahui tanggungjawab mereka sebagai PELAJAR, lantaran itu kebanyakan pelajar tidak berusaha untuk memajukan diri mereka.
Mereka ke sekolah atas dasar tuntutan kerajaan dan mengangap sebagai tradisi sahaja.
Jika ditanya kepada mereka apakah cita-cita mereka selepas meninggalkan alam persekolahan, Saya boleh katakan kebanyakan akan memberikan jawapan “TENGOK LAH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NANTI”
Bukankah keputusan itu berdasarkan kepada apa yang diusahakan??…..
Bagi saya ini lah yang patut kita sedarkan kepada para pelajar.

Ulasan Fatihah Iman

Assalamualaikum
Eemmm boleh minta tolong penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab seorang pelajar yang ringkas dan senang dibaca… kebanyakan pelajar ingin tahu apa peranan mereka sebagai seorang pelajar
namun bagi mereka susah untuk difahami….jadi tolong jelas kan …..

Ulasan Farizal Lazim29

Tepuk dada tanya IMAN ..

 

This entry was posted on 28/02/2016.

TIGA BELAS MOTIVASI

Assalamu’alaikum.
TIGA BELAS MOTIVASI

untuk para Guru مربى

Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma’siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

🔹MOTIVASI KETIGA Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu ‘MASTER PLAN’ orang-orang besar.

🔹MOTIVASI KELIMA Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do’a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

🔹MOTIVASI KEENAM Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

🔹MOTIVASI KELAPAN Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do’a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
“Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah”.

🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹

Dipetik dari kiriman  Cikgu Wan K di Gah Ampang.

wk2

This entry was posted on 02/01/2016.