Archive | March 2014

Sekitar majlis penyerahan slip SPM 2013

ALOR SETAR 20 Mac – Keseluruhan pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 bagi negeri Kedah amat membanggakan berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) berbanding tahun-tahun lepas.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mansor Lat berkata, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai GPN 5.04 mata berbanding 5.23 mata pada tahun 2012, iaitu penurunan sebanyak 0.19 mata. – UTUSAN ONLINE

tokwan pudzi’s Slidely by Slidely Slideshow

This entry was posted on 20/03/2014.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 Tahun 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8,  berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 08:30 pagi para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran di Bilik Seri Wawasan sekolah seterusnya mengarah ke dewan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Faizal diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, En. Md Isa Bin Hassim. Seterusnya ucapan Pengetua SMKSA, Pn Jamaliah Bt Abdul Fatah selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Mohd Shahadan Bin Abdullah AMK. BCK, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian II, Negeri Kedah .

Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Ampang Kali Ke-8. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu,Penyata Tahunan serta Penyata Kewangan.

 

This entry was posted on 16/03/2014.